RESEPI KUIH MUIH
KUIH SERI MUKA
DARI MYRESEPI
Bahan-bahan ( size loyang 22cm / 3'' )
- Bahan lapisan bawah:-
- 500gm beras pulut
- 400ml santan cair
- 1 st garam
- 2 sm minyak
- Bahan lapisan atas:-
- 120gm tepung gandum
- 3 sm tepung jagung
- 140gm gula
- 3 biji telur
- 450ml santan pekat
- 1/2 st garam
- 300ml air + 10 helai daun pandan dikisar utk dijadikan air pandan (bagi yg tak mudah nak dptkan daun pandan..boleh digantikan dgn 1 st pandan paste)
CARA2 MEMBUATNYA.......
- Untuk lapisan bawah:-
- A) Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
- B) Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
- C) Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh.
- D) Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
- E) Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
- F) Keluarkan loyang dari kukusan dan ratakan permukaan pulut tadi. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.
- Untuk lapisan atas:-
- 1) Pukul gula bersama telur hingga kembang..sikit je pon boleh.
- 2) Masokkan santan yg telah dilarutkan bersama garam. Diikuti dgn air pandan dan dipukul/dikacau lagi...
- 3) Akhir sekali ayakkan tepung gandum & tepung jagung ke dlm adunan tadi. Dipukul/dikacau lagi agar tidak berbiji. Hendakla ditapis adunan ini dan siap untuk dikukus!!
- 4) Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 45min atau 1jam....
- PERINGATAN...kuih ini hendak la betol2 sejuk barula mudah dipotong n cantik dihidangkan...jadi SELAMAT MENCUBA!!
*********************************************************************
KARIPAP PUSING
DARI MYRESEPI
Bahan-bahan ( menghasilkan lbh kurang 60 biji )
- *Doh berminyak* :
- 150 gm (margerin + crisco)... gantikan butter dan crisco pun boleh ikut suka ataupun snowbrand shorterning atau2 apa jenis minyak sayur..
- 300 gm tepung gandum
- ....................................
- *Doh biasa*:
- 700 gm tepung gandum
- satu sudu kecil garam
- air (anggaran dlm 2 cawan, klu doh lembik tambah sdkt tepung )
Cara-cara
- Sila lihat gambar langkah demi langkah di bawah.
- Step 1 : margerine + crisco, di uli dgn 300 gm tepung .. uli hingga doh licin dan tidak melekat.
- Uli doh sampai seolah2 berminyak. Klu penat nak uli yg doh besar uli yg kecik2 lg cepat. Klu tak uli dgn betul nanti doh seolah2 pecah tu bila goreng nanti doh karipap jd mcm berderai. Jadikan kepada 8 doh.
- Step 2 : 700 gm tepung gandum + air + air garam.
- Uli hingga licin juga ikut spt step 1 dan bhgkan kpd 8 doh.
- Step 3 : Ambil doh biasa canaikan sedikit jgn besar sgt dan letakkan doh berminyak di atasnya dan balut semula menjadi doh yg besar.
- Step 4 : Ambil doh yg telah di jadikan satu tersebut dan terap/canai hingga nipis saiz seperti saiz roti canai(lihat gambar dibawah). Belah tengah dan ambil satu bahagian kemudian golong seperti menggulung tikar. Memandangkan saya tak boleh nak upload gambar step seterusnya sila ke link di sini utk penerangan gambar yg lebih jelas http://www.freewebs.com/recipe2u/kuihmuih.htm
- Step 5 : Setelah itu, anda akan dapat 2 doh golongan tikar. Ambil satu doh golong tikar dan canai/terap lagi dalam keadaan melonjong hingga nipis dan berhati2 semasa mencanai ni.. biarkan btknya lonjong )spt gambar dibawah), kemudian golong semula spt gulungan tikar dan ikut langkah seterusnya . (Proses menggolong adalah sbyk 2 kali di sini).
- Step 6 : Doh yg telah di gulung kali kedua kemudian di potong kpd 4 bhgn. Terpulang kepada masing-masing hendak potong berapa bahagian, bergantung kpd saiz doh yg telah di gulung.
- Setelah doh di potong, canaikan semula (seperti cara membuat karipap biasa) dan letakkan inti karipap. Kemudian klim seperti biasa.
- Dah siap dan nampaklah jalur gemilang karipap tu. Boleh di simpan di dalam peti sejuk selama seminggu.
- # Resepi asal saya ambil dari forum cari.
**********************************************************************************
APAM INTI KELAPA
DARI MYRESEPI
Bahan-bahan ( 15-20 biji )
- 3 biji telur-dari peti sejuk
- 275 gm tepung gandum/tpg kek
- 220 gm gula halus
- 150gm susu segar/UHT
- 3 sudu teh baking powder
- 1 sudu kecil ovallete
- Inti Kelapa:
- ==kelapa parut
- ==gula merah
- ==1 sudu teh tpg jagung-dibancuh dgn 1 sudu besar air
- ==2 helai daun pandan-pintal
Cara-cara
- Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk.
- Pukul dgn menggunakan mixer pada kelajuan maxima selama 6-8 min.
- bahagikan kepada beberapa mangkuk & titiskan pewarna mengikut citarasa.
- masukkan setiap warna ke dalam piping bag ( atau beg plastik yg bersih).
- Pipe kan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yg telah disusun didalam acuan.
- masukkan inti kelapa
- Pipekan lagi adunan yg berlainan warna sehingga 3/4 penuh.
- Kukus didalam kukusan yg telah dipanaskan selama 10-15 min.
- Utk Inti Kelapa:
- ==Campurkan semua bahan dan masak diatas api kecil sehingga kering/masak.
- ==Utk memudahkan, inti boleh disediakan terlebih dulu dan bulat2kan.
- Notes: Inti kelapa boleh di ganti dgn apa2 perisa filling atau jem.
- Notes2: Ini acuan yg biasa i guna. acuan lompang & aluminium...kalo boleh, size paper cups sesuaikan ngan acuan.
************************************************************************
SAMOSA
DARI MY RESEPI
Bahan-bahan ( 24 biji )
- 225g tepung gandum
- 2 sudu kecil garam
- 2 sudu besar minyak sayuran
- 80ml air suam
- Inti samosa (ikut selera masing2)
Cara-cara
- Satukan tepung dan garam, gaul hingga sekata.
- Masukkan minyak sayuran dan air suam, gaulkan hingga menjadi doh.
- Uli doh sehingga licin, tutup dengan plastic wrap dah rehatkan selama 30 minit. (suhu bilik)
- Bahagikan doh kepada 12 bahagian.
- Bulatkan setiap bahagian dan canai menjadi bulatan lebih kurang 15cm diameter. Potong kepada dua bahagian.
- Ambil satu bahagian, sapukan air sekeliling tepi pastry dan bentukkan menjadi cone.
- Masukkan inti samosa dan lipatkan bahagian yg terbuka, menjadi segitiga.
- Goreng dlm minyak sederhana panas, hingga keemasan.
- Biasanya, inti samosa ni jenis savory - i.e. kentang, sayur-sayuran, ayam, daging. Tapi boleh juga guna inti manis - i.e. kacang, kelapa, creamcheese etc. Terpulang ikut selera masing2.
****************************************************************
DONUT SIRA SAMBAL
DARI MYRESEPI
resipi ni sesuai utk roti juga. x payah pakai bread maker atau mixer, pakai tangan jer...insyaallah lembut sgt adunannye walopun dah goreng @ bakar lame...
- Bahan² untuk donat:
- 2 cawan tepung gandum
- 2 sb margerin
- 2 sb susu tepung
- 2 sb gula halus
- 1 sb bread softener
- 1 st bread improver
- 2 st yis
- 125 ml air suam
- Bahan² untuk sira:
- segenggam cili kering
- 5 biji bawang putih
- 2 sb gula pasir
- 1 sudu makan cuka
Cara-cara
- Cara² untuk donut
- Gaulkan semua bahan² kecuali air sampai rata, pastu masukkan air sedikit demi sedikit. uli sampai licin n tak melekat di mangkuk.Kalau adunan kering sangat, tambah air suam sedikit lagi.
- Biarkan seketika hingga naik 2 kali ganda.
- Bila dah naik, tumbuk² adunan untuk buang angin. sapa yg ada donut cutter boleh terus canai n terap. saya x de, so bulatkan adunan sebanyak 18 biji sama besar, buat lubang menggunakan jari.
- sementara buat lubang adunan yg seterusnya tu, adunan pertama dah naik. habiskan membentuk donut baru digoreng. mulakan gorengan dengan donut yg mula2 dibentuk tadi hingga kuning keemasan.
- toskan dan biarkan sejuk sebentar.
- cara2 untuk sambal
- Blend lada kering dan bawang putih dan tumis hingga garing.
- Masukkan gula dan cuka. Gula terpulang pada citarasa samada nak manis atau tak. kalau nak manis, boleh tambah lagi.
- Kacau lagi hingga timusan garing sekali lagi. Kecilkan api dan buang lebihan minyak yg terhasil semasa menumis tadi.
- Dengan api yg pqaling kecil, kacaukan donat dengan sambal. teruskan kaedah kaup balik hingga sambal melekat pada kuih.
- matikan api n sedia dihidang.
*****************************************************************************************
POPIA PISANG
DARI MYRESPI
Bahan-bahan ( 4 biji popia )
- 2 biji pisang berangan -dibelah 2 dan dikerat 2 (jadi 4 bahagian)
- kelapa parut secukupnya (digaul sedikit dengan garam)
- gula perang
- kepingan badam (optional) kacang tanah, gajus pun boleh...
- 4 keping kulit popia (saiz besar)
- sedikit kuning telur-dipukul
- minyak masak untuk menggoreng
Cara-cara
- Ambil sekeping kulit popia
- letakkan pisang tadi (2 kerat)
- letakkan juga gula perang, kelapa parut dan kepingan badam.
- gulung seperti biasa
- Dihujung kulit popia, sapukan telur untuk melekatkan kulit popia itu.
- Goreng dengan api yang perlahan hingga kekuningan
- Siap untuk dihidangkan....
***************************************************************************
BANYAK LAGI AKAN DIUPLOAD DISINI...
0 comments:
Post a Comment