Thursday, October 22, 2009

HANTAR RESEPI ANDA KE BAKAT MASAK

HANTAR RESEPI ANDA KE BAKAT MASAK
[ ... ]

BLOG / WEBSITE PILIHAN BAKAT MASAK

BLOG / WEBSITE PILIHAN BAKAT MASAK
[ ... ]

TEAM BAKAT MASAK- PENDAFTARAN DIBUKA

TEAM BAKAT MASAK- PENDAFTARAN DIBUKA
[ ... ]

RESEPI KUIH MUIH

RESEPI KUIH MUIH


KUIH SERI MUKA
DARI MYRESEPI


Dsc00720

Bahan-bahan ( size loyang 22cm / 3'' )

  • Bahan lapisan bawah:-
  • 500gm beras pulut
  • 400ml santan cair
  • 1 st garam
  • 2 sm minyak
  • Bahan lapisan atas:-
  • 120gm tepung gandum
  • 3 sm tepung jagung
  • 140gm gula
  • 3 biji telur
  • 450ml santan pekat
  • 1/2 st garam
  • 300ml air + 10 helai daun pandan dikisar utk dijadikan air pandan (bagi yg tak mudah nak dptkan daun pandan..boleh digantikan dgn 1 st pandan paste)

CARA2 MEMBUATNYA.......
  1. Untuk lapisan bawah:-
  2. A) Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
  3. B) Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
  4. C) Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh.
  5. D) Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
  6. E) Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
  7. F) Keluarkan loyang dari kukusan dan ratakan permukaan pulut tadi. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.
  8. Untuk lapisan atas:-
  9. 1) Pukul gula bersama telur hingga kembang..sikit je pon boleh.
  10. 2) Masokkan santan yg telah dilarutkan bersama garam. Diikuti dgn air pandan dan dipukul/dikacau lagi...
  11. 3) Akhir sekali ayakkan tepung gandum & tepung jagung ke dlm adunan tadi. Dipukul/dikacau lagi agar tidak berbiji. Hendakla ditapis adunan ini dan siap untuk dikukus!!
  12. 4) Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 45min atau 1jam....
  13. PERINGATAN...kuih ini hendak la betol2 sejuk barula mudah dipotong n cantik dihidangkan...jadi SELAMAT MENCUBA!!
*********************************************************************

KARIPAP PUSING
DARI MYRESEPI




Karipap14

Bahan-bahan ( menghasilkan lbh kurang 60 biji )

  • *Doh berminyak* :
  • 150 gm (margerin + crisco)... gantikan butter dan crisco pun boleh ikut suka ataupun snowbrand shorterning atau2 apa jenis minyak sayur..
  • 300 gm tepung gandum
  • ....................................
  • *Doh biasa*:
  • 700 gm tepung gandum
  • satu sudu kecil garam
  • air (anggaran dlm 2 cawan, klu doh lembik tambah sdkt tepung )

Cara-cara

  1. Sila lihat gambar langkah demi langkah di bawah.
  2. Karipap1
     Step 1 : margerine + crisco, di uli dgn 300 gm tepung .. uli hingga doh licin dan tidak melekat.
  3. Karipap2
     Uli doh sampai seolah2 berminyak. Klu penat nak uli yg doh besar uli yg kecik2 lg cepat. Klu tak uli dgn betul nanti doh seolah2 pecah tu bila goreng nanti doh karipap jd mcm berderai. Jadikan kepada 8 doh.
  4. Karipap3
     Step 2 : 700 gm tepung gandum + air + air garam.
  5. Karipap4
     Uli hingga licin juga ikut spt step 1 dan bhgkan kpd 8 doh.
  6. Karipap5
     Step 3 : Ambil doh biasa canaikan sedikit jgn besar sgt dan letakkan doh berminyak di atasnya dan balut semula menjadi doh yg besar.
  7. Karipap8
     Step 4 : Ambil doh yg telah di jadikan satu tersebut dan terap/canai hingga nipis saiz seperti saiz roti canai(lihat gambar dibawah). Belah tengah dan ambil satu bahagian kemudian golong seperti menggulung tikar. Memandangkan saya tak boleh nak upload gambar step seterusnya sila ke link di sini utk penerangan gambar yg lebih jelas http://www.freewebs.com/recipe2u/kuihmuih.htm
  8. Karipap10
     Step 5 : Setelah itu, anda akan dapat 2 doh golongan tikar. Ambil satu doh golong tikar dan canai/terap lagi dalam keadaan melonjong hingga nipis dan berhati2 semasa mencanai ni.. biarkan btknya lonjong )spt gambar dibawah), kemudian golong semula spt gulungan tikar dan ikut langkah seterusnya . (Proses menggolong adalah sbyk 2 kali di sini).
  9. Karipap12
     Step 6 : Doh yg telah di gulung kali kedua kemudian di potong kpd 4 bhgn. Terpulang kepada masing-masing hendak potong berapa bahagian, bergantung kpd saiz doh yg telah di gulung.
  10. Karipap13
     Setelah doh di potong, canaikan semula (seperti cara membuat karipap biasa) dan letakkan inti karipap. Kemudian klim seperti biasa.
  11. Dah siap dan nampaklah jalur gemilang karipap tu. Boleh di simpan di dalam peti sejuk selama seminggu.
  12. # Resepi asal saya ambil dari forum cari.

**********************************************************************************


APAM INTI KELAPA
DARI MYRESEPI



Apaminti

Bahan-bahan ( 15-20 biji )

  • 3 biji telur-dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum/tpg kek
  • 220 gm gula halus
  • 150gm susu segar/UHT
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Inti Kelapa:
  • ==kelapa parut
  • ==gula merah
  • ==1 sudu teh tpg jagung-dibancuh dgn 1 sudu besar air
  • ==2 helai daun pandan-pintal

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk.
  2. Pukul dgn menggunakan mixer pada kelajuan maxima selama 6-8 min.
  3. bahagikan kepada beberapa mangkuk & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  4. masukkan setiap warna ke dalam piping bag ( atau beg plastik yg bersih).
  5. Pipe kan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yg telah disusun didalam acuan.
  6. Apaminti2
     masukkan inti kelapa
  7. Pipekan lagi adunan yg berlainan warna sehingga 3/4 penuh.
  8. Kukus didalam kukusan yg telah dipanaskan selama 10-15 min.
  9. Utk Inti Kelapa:
  10. ==Campurkan semua bahan dan masak diatas api kecil sehingga kering/masak.
  11. ==Utk memudahkan, inti boleh disediakan terlebih dulu dan bulat2kan.
  12. Notes: Inti kelapa boleh di ganti dgn apa2 perisa filling atau jem.
  13. Cups1
     Notes2: Ini acuan yg biasa i guna. acuan lompang & aluminium...kalo boleh, size paper cups sesuaikan ngan acuan.




************************************************************************


SAMOSA
DARI MY RESEPI

Image106







Bahan-bahan ( 24 biji )
  • 225g tepung gandum
  • 2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar minyak sayuran
  • 80ml air suam
  • Inti samosa (ikut selera masing2)

Cara-cara

  1. Satukan tepung dan garam, gaul hingga sekata.
  2. Masukkan minyak sayuran dan air suam, gaulkan hingga menjadi doh.
  3. Uli doh sehingga licin, tutup dengan plastic wrap dah rehatkan selama 30 minit. (suhu bilik)
  4. Bahagikan doh kepada 12 bahagian.
  5. Bulatkan setiap bahagian dan canai menjadi bulatan lebih kurang 15cm diameter. Potong kepada dua bahagian.
  6. Image098
     Ambil satu bahagian, sapukan air sekeliling tepi pastry dan bentukkan menjadi cone.
  7. Image099
     Masukkan inti samosa dan lipatkan bahagian yg terbuka, menjadi segitiga.
  8. Image101
  9. Image109
     Goreng dlm minyak sederhana panas, hingga keemasan.
  10. Biasanya, inti samosa ni jenis savory - i.e. kentang, sayur-sayuran, ayam, daging. Tapi boleh juga guna inti manis - i.e. kacang, kelapa, creamcheese etc. Terpulang ikut selera masing2.
****************************************************************


DONUT SIRA SAMBAL
DARI MYRESEPI

Donut_sambal










resipi ni sesuai utk roti juga. x payah pakai bread maker atau mixer, pakai tangan jer...insyaallah lembut sgt adunannye walopun dah goreng @ bakar lame...



  • Bahan² untuk donat:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sb margerin
  • 2 sb susu tepung
  • 2 sb gula halus
  • 1 sb bread softener
  • 1 st bread improver
  • 2 st yis
  • 125 ml air suam
  • Bahan² untuk sira:
  • segenggam cili kering
  • 5 biji bawang putih
  • 2 sb gula pasir
  • 1 sudu makan cuka

Cara-cara

  1. Cara² untuk donut
  2. Gaulkan semua bahan² kecuali air sampai rata, pastu masukkan air sedikit demi sedikit. uli sampai licin n tak melekat di mangkuk.Kalau adunan kering sangat, tambah air suam sedikit lagi.
  3. Biarkan seketika hingga naik 2 kali ganda.
  4. Bila dah naik, tumbuk² adunan untuk buang angin. sapa yg ada donut cutter boleh terus canai n terap. saya x de, so bulatkan adunan sebanyak 18 biji sama besar, buat lubang menggunakan jari.
  5. sementara buat lubang adunan yg seterusnya tu, adunan pertama dah naik. habiskan membentuk donut baru digoreng. mulakan gorengan dengan donut yg mula2 dibentuk tadi hingga kuning keemasan.
  6. toskan dan biarkan sejuk sebentar.
  7. cara2 untuk sambal
  8. Blend lada kering dan bawang putih dan tumis hingga garing.
  9. Masukkan gula dan cuka. Gula terpulang pada citarasa samada nak manis atau tak. kalau nak manis, boleh tambah lagi.
  10. Kacau lagi hingga timusan garing sekali lagi. Kecilkan api dan buang lebihan minyak yg terhasil semasa menumis tadi.
  11. Dengan api yg pqaling kecil, kacaukan donat dengan sambal. teruskan kaedah kaup balik hingga sambal melekat pada kuih.
  12. matikan api n sedia dihidang.
*****************************************************************************************

POPIA PISANG
DARI MYRESPI
Pisang



Bahan-bahan ( 4 biji popia )
  • 2 biji pisang berangan -dibelah 2 dan dikerat 2 (jadi 4 bahagian)
  • kelapa parut secukupnya (digaul sedikit dengan garam)
  • gula perang
  • kepingan badam (optional) kacang tanah, gajus pun boleh...
  • 4 keping kulit popia (saiz besar)
  • sedikit kuning telur-dipukul
  • minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Ambil sekeping kulit popia
  2. letakkan pisang tadi (2 kerat)
  3. letakkan juga gula perang, kelapa parut dan kepingan badam.
  4. gulung seperti biasa
  5. Dihujung kulit popia, sapukan telur untuk melekatkan kulit popia itu.
  6. Goreng dengan api yang perlahan hingga kekuningan
  7. Siap untuk dihidangkan....
***************************************************************************

BANYAK LAGI AKAN DIUPLOAD DISINI...
[ ... ]

RESEPI ROTI

RESEPI ROTI
[ ... ]

RESEPI MASAKAN WESTERN

RESEPI MASAKAN WESTERN
[ ... ]

RESEPI TRADISONAL

RESEPI TRADISONAL
[ ... ]

RESEPI LAUK

RESEPI LAUK
[ ... ]

RESEPI NASI

RESEPI NASI
[ ... ]

RESEPI BIHUN

RESEPI BIHUN
[ ... ]

RESEPI MEE

RESEPI CUPCAKES
[ ... ]

RESEPI CUPCAKES

RESEPI CUPCAKES
[ ... ]

RESEPI BISKUT

RESEPI BISKUT
[ ... ]

RESEPI KEK

AAA
[ ... ]

Wednesday, October 21, 2009

PERTANDINGAN BAKAT MASAK

PERTANDINGAN 
BAKAT MASAK


MAI MASAK, MAI RASA


PERTANDINGAN INI TERBUKA 
KEPADA SESIAPA SAHAJA 
YG MEMANG MINAT MASAK, 
UNTUK FIRST TIME NI AKU 
NAK BAHAGIKAN PERTANDINGAN 
NI KEPADA 2 BAHAGIAN


1) MASAKAN APA SAJA 
2) KEK & HIASAN


OK UNTUK PENENTUAN PEMENANG,
AKU KASI SEMUA ORG UNDI...
MANE YG BEST, MANE YG DAPAT REVIEW 
PALING BANYAK DIA MENANG...
TAPI AKU PENTINGKAN YANG TULEN YE UOLS,
MAKSUD HAKU HASIL KEJE KORANG YE...


Pemenang akan menerima HAMPER MAKANAN 
dari TEAM BAKAT MASAK


OK mulai 22 OCT- 30 NOV pertandingan berlangsung
so senang saje, hantar beberapa keping gambar semasa 
*dlm proses membuat
* gambar separuh proses nk siap masak 
*pastu gambar hasil kerja bile dah siap
*kasik tajuk nama hidangan korang
*emel kt aku semua skali ngan detail korang aku nk proses


so kepada sape2 nk tingkatkan 
JUALAN MAKANAN KAT BLOG/WEBSITE korang
masuk sini,  aku xde charge pape tau...


emel penyertaan korang kat
BAKAT.MAKEUP@GMAIL.COM









[ ... ]
 

©2009 BAKAT MASAK | by TNB | This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates